Tuesday, 14 February 2012

valentine's day ??

untuk pembacaan orang yang beragama islam sahaja...non muslim no offence yer...

today 14 february 2012...hari kekasih kata orang...arineh ader ceramah agama kat opis pasal sambutan hari kekasih nih...jom baca apa intipati ceramah tadi...

Muslimin & Muslimat yang saya Hormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Zohor Bulanan akan diadakan seperti yang berikut:     

Tajuk                   : ” PENGERTIAN DENGAN HARI KEKASIH ”
Hari/Tarikh         : SELASA (14 Februari bersamaan 22 Rabiulawal 1433H)        
Masa                   : 12.55 tgh – 1.55 Ptg
Tempat               : Dewan Serbaguna, Tingkat 7,  Bangunan CGC
Ustaz jemputan : Yg Bhg Ustaz Hj Omar  (Pendakwah Bebas – JAIS)

Perbuatan untuk meraikan hari kekasih amat bercanggah dgn syarak kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama kristian & menjurus kepada keburukkan akhlak. Selain itu sambutan yg tidak berfaedah ini dirai dgn penuh adegan maksiat spt berdua -duan, berpeleseran hatta membawa kpd perbuatan seks bebas. Hari yg dianggap hari berbulan madu bagi remaja sehingga mereka sanggup meggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kpd kekasih masing2. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yg terpesong & mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah disisi islam. Apa akan terpampang di dada2 akhbar 9 bulan dari tarikh ini? Pembunuhan kejam akan terjadi- bayi2 yg tidak berdosa dibuang merata.

Firman Allah yg bermaksud ‘katakan lah wahai Muhammad’: hai orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yg engkau sembah & engkau tidakmahu menyembah apa yg aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara engkau beribadat & engkau pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi engkau agama kau dan bagiku agama ku (surah al kafirun ayat 1-6)

Nabi SAW dgn tegas telah melarang kita daripada meniru budaya yahudi & nasrani dlm hadis yg bermaksud; nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (yahudi & nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya, adakah mereka itu yahudi & nasrani? Baginda menjawab: siapa lagi kalau bukan mereka’

Keputusan majlis fatwa negeri/kebangsaan

Keputusan jawatankuasa fatwa negeri selangor telah menyatakan melaui mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri selangor kali 1/2006 pada 21 feb 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan valentine’s day tidak pernah di anjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur2 kristian & amalannye bercampur dgn perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang islam –HARAM

Persoalan yang timbul bagaimana jika ingin menyambut hari kekasih kpd isteri, suami, anak2, ibu ayah?

Perlu ditegaskan seorang suami berkewajipan menghargai sang isteri, begitu juga seorang isteri terhadap suami. Ia adalah sebesar2 ajaran islam.

Ingatlah amaran Allah swt
’para kekasih & teman akrab, pada hari itu kan saling menjadi musuh dia antara satu sama lain kecuali mereka yg bertaqwa’ (al Dzukhruf 43:67)

para kekasih yg berkasih dlm belenggu dosa, kasihnya hanya hiasan nafsu di dunia. Di akhirat kelak tatkala para kekasih ini berdepan dgn keputusan Allah ke atas mereka, setiap seorang akan bermusuhan dgn org yg pernah dikasihi kerana masing2 mahu menyelamatkan diri.

Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yg menyampaikan dua kekasih itu ke syurga & ia bebas luas bila2 masa. Tidak terhad & bukan cinta berbalas dosa


Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati….

...
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali
14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

SAMBUT VALENTINE?? TEMPAH TIKET KE NERAKA!!!!


nauzubillahiminzalik...semoga kita umat Islam mendapat pengajaran dari intipati ceramah di atas....

No comments:

Post a Comment

yg rajin mengomen