Monday 6 February 2012

CINTA SANG RATU

'Tatkala Cinta Berbisik Suaranya Memuji Tuhan, Pabila Rindu Terusik Rasulnya Menjadi Pilihan..'

 bestkan quotes kat atas tu...mana ai dapat? ofkos la dari novel ramlee awang murshid...sequel ke 2 dari novel bagaikan puteri...



this time around, garapan novel lagik membuatkan ai taknak buat keje lain selain mengadap novel nih...nasib baik masa layan novel nih ai x kawen lagik, & si kecik iman pon lom kuar lagik...lepas habis baca novel nih, still terbayang2 character laksamana sunan yang gagah perkasa & sentiasa membasahkan lidahnya dgn kalimah2 Allah..oh bila lah agaknye ai nk jadi mcm laksamana sunan ek?...terbuai jugak dgn character ratu sulaman atau ratna yg lembut dalam keganasannya...seronok...seronok...dlm seminggu jugaklah ai got carried away dgn watak2 dlm novel kali nih...


SINOPSIS

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan
menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada
mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari.
namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata
mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.

HIGHLY RECOMMENDED

No comments:

Post a Comment

yg rajin mengomen